Tahun lalu, melalui penayangan filem Avengers: Infinity War, kita mendapat satu game mode khas untuk Thanos dalam Fortnite. Terbaru, untuk filem Avengers: Endgame pula, Epic Games telah mengacah satu lagi kandungan baru berkaitan filem terbaru Marvel Cinematic Universe ini.

Dalam satu tweet yang dikeluarkan, mereka telah mengacah sekeping gambar yang memaparkan karakter Fortnite yang memegang perisai Captain America — dengan kapsyen “Whatever it takes”.

Setakat ini, mereka masih belum mendedahkan apakah kandungan crossover yang bakal ditampilkan — sama ada skin kosmetik rasmi karakter-karakter Marvel, atau sebuah mode istimewa atau ada kejutan lain yang akan dibawakan.

Namun, apa yang pasti, kandungan tersebut akan dilancarkan serentak dengan penayangan di seluruh dunia filem Avengers: Endgame pada 25 April ini.

Fortnite Battle Royale boleh dimainkan secara percuma di PC, PS4, Xbox One, Switch, iOS dan Android.

JomKomen!