in , , , , , ,

Fortnite Lancarkan Mode Dan Map Baru – Tiada Senjata, Hanya Lepak-Lepak Bersama Rakan-Rakan

Di kala seluruh dunia sedang menjalani perintah berkurung dan pengasingan diri, pelbagai game telah tampil untuk menenangkan para pemain dengan bertemu dan bersosial dalam dunia maya. Nampaknya Fortnite juga tidak mahu ketinggalan.

Fortnite telah melancarkan satu mode baharu yang digelar Party Royale. Cukup berbeza dengan mode-mode yang pernah dikeluarkan sebelum ini, Party Royale telah menambah satu map baharu, namun tiada sebarang senjata atau mekanisme membina kubu (building) dibenarkan.

Menggunakan tagline “All Chill. No Sweat.”, mode ini tiada ribut yang akan mengecil dan tiada tempoh masa. Mesin vending adalah percuma, item-item yang tidak mencederakan seperti senapang dan bom cat, buah tomato, joran untuk memancing dan lain-lain akan boleh dimainkan dalam mode ini.

Selain itu, bangunan dan lokasi yang ada dalam map kecil ini juga adalah yang bersesuaian untuk kita melepak. Adanya arena konsert, padang bola, panggung wayang, zipline dan tempat-tempat untuk skydive dan berlumba kereta.

Lebih menarik, map ini juga menampilkan bilik persalinan yang membenarkan pemain untuk bertukar pakaian, pickaxe dan emote semasa masih dalam permainan tanpa perlu balik ke menu.

Senang cerita, mode ini hanyalah untuk para pemain melakukan apa saja aktiviti sosial bersama rakan-rakan tanpa sebarang pertempuran tembak-menembak.

Fortnite Battle Royale kini boleh dimainkan secara percuma di PC, PS4, Xbox One, Switch, iOS dan Android.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Assassin's Creed Valhalla Diumumkan Secara Rasmi, Tema Vikings, Trailer Dikeluarkan Pada Malam Ini

Assassin’s Creed Valhalla Diumumkan Secara Rasmi, Tema Vikings, Trailer Dikeluarkan Pada Malam Ini

Koleksi Game Percuma PlayStation Plus Untuk Mei 2020

Koleksi Game Percuma PlayStation Plus Untuk Mei 2020