Android ialah platform yang paling lambat menerima Fortnite Battle Royale. Sebelum ini, Epic Games hanya membenarkan sesetengah pemain mencuba versi beta di Android ini melalui jemputan sahaja.

Terbaru, Epic telah mengumumkan yang kini semua pengguna Android sudah boleh download Fortnite dari laman web web rasmi Epic Games.

Walau bagaimanapun, bukanlah “semua” peranti Android boleh memainkan game ini. Epic telah menyenaraikan beberapa peranti yang dijamin akan dapat memainkannya, iaitu:

  • Samsung Galaxy: S7 / S7 Edge , S8 / S8+, S9 / S9+, Note 8, Note 9, Tab S3, Tab S4
  • Google: Pixel / Pixel XL, Pixel 2 / Pixel 2 XL
  • Asus: ROG Phone, Zenfone 4 Pro, 5Z, V
  • Essential: PH-1
  • Huawei: Honor 10, Honor Play, Mate 10 / Pro, Mate RS, Nova 3, P20 / Pro, V10
  • LG: G5, G6, G7 ThinQ, V20, V30 / V30+
  • Nokia: 8
  • OnePlus: 5 / 5T, 6
  • Razer: Phone
  • Xiaomi: Blackshark, Mi 5 / 5S / 5S Plus, 6 / 6 Plus, Mi 8 / 8 Explorer / 8SE, Mi Mix, Mi Mix 2, Mi Mix 2S, Mi Note 2
  • ZTE: Axon 7 / 7s, Axon M, Nubia / Z17 / Z17s, Nubia Z11 HTC: 10, U Ultra, U11/ U11+, U12+
  • Lenovo: Moto Z/Z Droid, Moto Z2 Force
  • Sony: Xperia XZ/Premium, Xzs, XZ1/Compact, XZ2/Premium/Compact, XZ3

Namun jangan risau kerana ia bukanlah terhad kepada senarai peranti yang disebutkan di atas sahaja. Epic turut menyenaraikan apakah spesifikasi yang mampu untuk memainkannya, iaitu:

  • Menjalankan Android 8.0 atau lebih tinggi
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 3GB RAM
  • Menggunakan GPU Adreno 530 atau lebih tinggi, Mali-G71 MP20, Mali-G72 MP12 atau lebih tinggi

Kalau peranti korang tak mampu nak mainkannya disebabkan spesifikasi yang tidak mencapai keperluan minimum, korang akan mendapat mesej seperti dalam gambar di bawah. Bertabahlah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.