Seperti tahun-tahun sebelum ini, Google akan mengeluarkan carian paling popular sepanjang tahun, dikelaskan mengikut pelbagai kategori dan negara. Untuk 2018, sudahpun dikeluarkan statistiknya.

Setiap negara akan dibahagikan kepada beberapa kategori. Salah satu kategori yang ada untuk Amerika Syarikat ialah “Video Games”. Dalam senarai yang dikeluarkan, Fortnite berada di tangga teratas sebagai video game paling banyak di-Google di Amerika Syarikat sepanjang tahun 2018. Carian tersebut mengalahkan beberapa carian game AAA lain seperti Red Dead Redemption 2, Fallout 76 dan Far Cry 5.

Di bawah adalah senarai penuhnya:

1) Fortnite
2) Red Dead Redemption 2
3) Fallout 76
4) Far Cry 5
5) God of War
6) Monster Hunter: World
7) Sea of Thieves
8) Call of Duty: Black Ops 4
9) Kingdom Come: Deliverance
10) Zombs Royale

Malangnya, statistik carian untuk kategori “Video Games” hanya dikeluarkan untuk negara Amerika Syarikat, dan tiada untuk negara-negara lain termasuk Malaysia. Malah, carian “Global” juga tiada kategori “Video Games”.

Statistik yang dikeluarkan untuk negara Malaysia hanya mempunyai kategori Carian, Orang, Berita & Peristiwa, Filem, Muzik, dan TV. Pasti menarik kalau kita dapat tahu apakah game yang paling banyak di-Google oleh rakyat Malaysia sepanjang tahun 2018.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.