Penulis merupakan pemain tegar Fortnite Battle Royale dari Season 1 hinggalah ke Season 4. Walau bagaimanapun, bermulanya Season 5, penulis dan rakan-rakan sudah mula bosan dengan Fortnite selepas kandungan yang dibawakan boleh dikatakan agak repetitif dan kurang signifikan.

Permulaan Season 6 juga menyaksikan kami tidak terlalu tertarik untuk bermain Fortnite. Walau bagaimanapun, kemaskini 6.20 yang dikeluarkan telah membuatkan penulis jatuh hati semula ke dalam game ini. Tumpuan utama dalam kemaskini ini ialah Fortnitemares, iaitu kandungan yang bertemakan Halloween.

Secara asasnya, Fortnitemares membawakan secebis konsep melawan zombi yang ada dalam Save the World ke dalam Battle Royale. Apa yang paling menarik tentang kehadiran zombi-zombi ini ialah ia menukar gameplay PvP dalam Battle Royale kepada PvPvE.

Terdapat “sarang” zombi yang bersepah di keseluruhan map. Apabila kita menghampirinya, beberapa gelombang zombi akan keluar dari sarang ini. Bilangan yang keluar itu tidaklah terlalu banyak seperti yang ada dalam Save the World, tetapi cukup untuk membuat para pemain berdebar apabila bertemu dengan mereka.

Untuk menarik para pemain “bermain” dengan zombi-zombi ini, setiap zombi yang dihapuskan akan dihadiahkn dengan pelbagai loot serta menambah Shield.

Ada empat jenis zombi, yang mana setiap jenisnya mempunyai nyawa yang berbeza. Lebih sukar untuk membunuhnya, lebih banyak/baik loot yang dihadiahkan. Zombi yang paling sukar untuk dibunuh ialah zombi berbadan besar berwarna keemasan, yang apabila berjaya, akan dihadiahkan dengan senjata Legendary (emas).

Apa yang membuatkan gameplay menjadi bertambah seronok dengan kehadiran zombi ini ialah kita seperti tidak tahu ingin melawan siapa. Ingin menghapuskan pemain lawan lain atau ingin selesaikan dahulu zombi-zombi ini yang semestinya menjanjikan loots yang bermacam? Gameplay bertambah tegang apabila bulatan semakin kecil, apabila kesemua pemain bertembung dengan segala macam zombi yang bilangannya semakin banyak! Memang huru-hara!

Penambahan zombi dalam mode battle royale sememangnya mewujudkan suasana pasca apokalips itu sendiri, di mana kita terasa seperti berebut untuk menyelamatkan diri, dalam masa sama ingin hidup untuk dapatkan bekalan (loots).

Paling melucukan tentang zombi ini, ia akan turut menari jika kita baling Boogie Bomb ke arahnya, korang boleh tonton di bawah:

Selain penambahan zombi, kemaskini 6.20 juga membawakan pelbagai kandungan baru lain seperti pistol Six Shooter, boleh gunakan semula Glider (redeploy), penambahbaikan dalam mode Playground, dan beberapa gameplay balancing lain yang korang boleh baca nota patch penuhnya di sini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.