in , ,

Fortnite & Epic Games Dituduh Cilok Tarian Artis Untuk Dijual Sebagai Emote!

Lagi parah apabila isu ini menjadi isu perkauman dan bagaimana Epic Games membuat keuntungan di atas karya kreatif artis-artis berkulit hitam tanpa sebarang royalti.

Bagi korang yang bermain game, pasti sudah mengenali emote – gerakan unik karakter game di dalam video game yang korang aktifkan dalam bentuk tarian mahupun gerak tubuh badan yang digunakan bagi tujuan lawak, taktikal, meraikan kejayaan, kegagalan ataupun sekadar untuk membuang masa.

Seingat penulis, emote ini bukanlah benda baru, tetapi sudah lama ada di dalam video game seawal World of Warcraft (mungkin lebih lama) sehinggalah ke Destiny dan game-game baru.

Fortnite dari Epic Games bagaimanapun telah mempopularkan emote sehingga dijadikan meme dan tarian di dunia sebenar – dirakam di TikTok dan dijadikan bahan tawa. Dan emote-emote ini biasanya “diinspirasikan” daripada tarian-tarian artis dunia sebenar.

https://www.youtube.com/watch?v=oe2cE-eVhtg

Bagaimanapun, Chance The Rapper di dalam tweet beliau telah menyuarakan pendapatnya tentang isu Fortnite dan emote yang dicedok daripada hasil karya artis berkulit hitam yang tidak menerima sebarang wang royalti.

Berbangkit daripada itu, 2 Milly, seorang rapper dilaporkan akan mengambil tindakan mahkamah ke atas Epic Games kerana syarikat tersebut telah menjadikan tarian beliau sebagai emote yang dijual tanpa kebenaran dan kegagalan membayar wang royalti dari keuntungan jualan emote tersebut dengannya.

2 Milly di dalam pertuduhan beliau telah membandingkan tarian “Milly Rock” yang dipopularkan beliau di dalam video muzik “Milly Rock x 2 Milly” (lihat minit 2:37), dengan emote “Swipe It” yang dijual oleh Epic Games kemudian dijadikan reward dalam Battle Pass.

https://youtu.be/Z3I3x07MxCw

Amacam? Sama tak?

Bagaimanapun, menurut peguam perniagaan dan hiburan, Merlyne Jean-Louis berkata, “Terdapat banyak tuntutan saman terhadap hakcipta muzik, lirik, bunyian – terdapat pelbagai kes-kes berkaitan hak-hakcipta tersebut. Tetapi hakcipta karya koreografi, tiada undang-undang untuk karya-karya sebegitu.”

Fortnite dilihat telah mengaut keuntungan yang besar hasil jualan emote-emote. Masih tiada pengumuman sekiranya sejumlah wang telah dibayar kepada artis-artis yang menjadi inspirasi kepada emote-emote Fortnite tersebut.

Korang rasa macam mana? Patut ke Fortnite membayar royalti kepada artis-artis tersebut?

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Dead or Alive 6 Perkenalkan NiCO – Gadis Anime Genius Dengan Gerakan Pencak Silat Halilintar!

Microsoft Akan Keluarkan Controller Xbox Dengan Aksesori Tambahan