in , , , , , ,

Fortnite Ditelan Black Hole & Misteri Rahsia Mini Game Sebalik Kegelapan

Berjuta peminat menunggu season terbaru Fortnite yang disangkakan akan bermula selepas Season 10 (S10) berakhiri malam semalam. Tetapi setelah sahaja dihujung S10, seluruh game tersebut disedut ke dalam black hole!

Berjuta orang melayan stream Fortnite (Twitch, Youtube, Twitter) menyangkakan akan bermulanya Fortnite: Chapter 2 dengan map yang baru seperti yang dilaporkan sebelum ini, tetapi apa yang kita dapat hanyalah sebuah pusingan lohong hitam atau blackhole diiringi muzik latar ambient.

Akaun Twitch Fortnite yang mempunyai berjuta follower juga ditunjukkan kosong. Gimik ini sampai di satu tahap, akaun Twitter rasmi Fornite juga memadamkan semua lebih daripada 12,000 tweetnya, meninggalkan hanya satu tweet sahaja, stream aliran misteri lubang hitam yang tersisa.

Ketika dalam stream ‘black hole’ tersebut, sesetengah penonton terjumpa satu siri nombor yang muncul di sekitar lubang hitam semasa stream tersebut berlangsung: 146, 11, 15, dan 62.

Pemain cuba untuk mentafsirkan kod itu dan memasukkan nombor tersebut ke peta GoogleMaps menghasilkan imej “Crab Rave”. Bukan Sotong ravers ya kawan-kawan, ketam raver.

Namun ada lagi mini-secret dalam permainan yang gelap gelita ini. Permainan mini rahsia yang tersembunyi di skrin pemuatan akan muncul apabila menekan kod-kod tertentu. Pemain boleh bermain mini-game retro ibarat Space Invaders sebagai space-ship Pizza melawan sekumpulan taco jatuh dari langit, lengkap dengan end game Boss.

Apakah kod yang perlu dimasukkan? Haaa nah, ia tidak lain dari kod lagenda Konami di semua platform!

  • PS4: atas, atas, bawah, bawah, kiri, kanan, kiri, kanan, O, X, Options
  • Xbox One (menggunakan D-pad): atas, atas, bawah, bawah, kiri, kanan, kiri, kanan, B, A, Start
  • PC (menggunakan kekunci anak panah): atas, atas, bawah, bawah, kiri, kanan, kiri, kanan, B, A, Enter
  • Switch (menggunakan D-Pad): atas, atas, bawah, bawah, kiri, kanan, kiri, kanan, B, A, +

Jadi, sambil menunggu keluarnya Fortnite: Chapter 2, cubalah dapatkan high-score dalam mini game ini mana tahu dapat loot special apabila season baru dilancarkan.

Selamat menembak… dan menunggu!

What do you think?

Written by Sarah Akirien

Penulis dan Video Content Editor JomGaming ini seorang yang kecil-kecil cili padi. Seorang gamer yang sentiasa berhalusinasi dalam alam fantasi. Penembak tegar Destiny dan Overwatch. Twitch.tv/akirien

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Fortnite Memperkenalkan Matchmaking Berdasarkan Skil, Pemain Baru Lawan Dengan Bot

Fortnite Season 11 Dilaporkan Akan Digelar Fortnite: Chapter 2, Bawakan Map Baru

Ubisoft Akan Terbitkan TV Animasi Watch Dogs & Far Cry Untuk Kanak-Kanak, Remaja

Ubisoft Akan Terbitkan TV Animasi Watch Dogs & Far Cry Untuk Kanak-Kanak, Remaja