in , ,

Fortnite Disahkan Akan Dilancarkan Ke PS5 Dan Xbox Series X, Menyokong Cross-Play

Epic Games telah mengesahkan bahawa Fortnite akan boleh dimainkan di PS5 dan Xbox Series X pada hari pertama kedua-dua konsol generasi itu dilancarkan kelak.

Pada awalnya, ketika pelancaran ke konsol generasi seterusnya, Fortnite masih lagi adalah versi yang sama, iaitu menggunakan Unreal Engine 4, yang mana ia akan dimainkan di hardware (konsol) yang baharu. Melalui hardware baharu, ia akan menambahbaik prestasi dan visual.

Kata Epic, Fortnite akan dikemaskini ke Unreal Engine 5, enjin baharu untuk PS5 dan Xbox Series X yang diumumkan malam tadi, pada pertengahan tahun 2021. Mereka akan tetap menyokong game ini di platform konsol masakini — iatu PS4, Xbox One dan Switch.

Epic turut mengumumkan perancangan mereka untuk menyokong cross-progression dan cross-play untuk pemain di PS5 dan Xbox Series X.

PS5 dan Xbox Series X akan dilancarkan pada hujung tahun ini.

Sumber: Kotaku

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Jalan Cerita The Last of Us Part II Akan "Memecahbelahkan" Peminat, Kata Pengarah

Jalan Cerita The Last of Us Part II Akan “Memecahbelahkan” Peminat, Kata Pengarah

Grand Theft Auto V Sah Akan Diberikan Secara Percuma Di Epic Games Store