in , , , , , ,

Fortnite Dilaporkan Telah Meraih Keuntungan Sehingga 1 Billion Dolar Melalui Pembelian Dalam Game Sahaja

Adakah korang antara penyumbangnya?

Fortnite kini bukan sahaja sebuah game yang paling popular di atas muka bumi. Tetapi ia juga sedikit demi sedikit mengambil-alih budaya pop di seluruh dunia. Malah, baru-baru ini, Antoine Griezmann telah meraikan jaringannya dalam perlawanan final Piala Dunia FIFA 2018 dengan tarian emote dalam Fortnite.

Dan semestinya, Epic Games juga telah meraih keuntungan yang cukup besar setelah Fortnite dilancarkan. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Superdata (via Gamesindustry.biz), Fortnite telah meraih keuntungan sebanyak 1 billion dolar Amerika (RM4.06 billion) hanya melalui pembelian barangan dalam game.

Sejak ia dilancarkan, keuntungan yang diraih Fortnite meningkat setiap bulan, yang mana kemuncak keuntungan ini berlaku pada bulan Mei 2018, iaitu berjaya memperoleh 318 juta dolar Amerika (RM1.29 billion).

Sepopular manapun sesebuah game itu, pasti akan menemui zaman kejatuhannya. Namun, persoalannya kini, bilakah zaman itu akan berlaku kepada Fortnite? Daripada apa yang kita nampak pada hari ini, zaman itu tidak akan berlaku dalam masa terdekat ini.

Berapa lamakah Fortnite akan menjadi video game paling popular di dunia?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Wonderkid PES Indonesia, Rizky Faidan Tidak Akan Bertanding Di Sukan Asia 2018 Kerana Tidak Melepasi Had Umur

10 Aksi Kelakar Dari Piala Dunia FIFA 2018 Yang Patut Dimasukkan Sebagai ‘Celebration’ Dalam FIFA 19