Memasuki tahun 2019, Fortnite masih lagi merupakan game paling popular di atas muka bumi pada masa ini. Walaupun merupakan sebuah game percuma, tetapi ia telah menjana sejumlah wang yang sangat banyak daripada microtransactions.

Melalui populariti ini, game keluaran Epic Games itu dikatakan telah menjana pendapatan sebanyak USD455 juta (RM1.87 billion) sepanjang tahun 2018 untuk platform iOS sahaja, lapor Sensor Tower. Fortnite dilancarkan ke iOS pada Mac 2018.

Laporan ini turut menyatakan yang Fortnite menjana USD69 juta (RM283 juta) pada Disember 2018 sahaja di iOS, dan ini merupakan bulan yang menjana pendapatan tertinggi sejak dilancarkan pada Mac 2018. Dalam bulan itu juga, Fortnite telah dimuat-turun sebanyak 5.2 juta kali, yang mana meningkat sebanyak 59 peratus berbanding bulan sebelumnya. Sebagai jumlah, Fortnite telah dimuat-turun sebanyak 82.6 juta kali di iOS sahaja.

Angka-angka ini tidak dapat kita ketahui untuk platform Android kerana Fortnite tidak dilancarkan melalui Google Play Store, sebaliknya hanya boleh didapati melalui laman web rasmi Epic.

JomBaca: Epic Games Kaut Untung RM12 Billion Pada 2018, Lebih Banyak Daripada KDNK 29 Negara Di Dunia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.