in , , , , ,

Fortnite Dilaporkan Menjadi Punca Lebih 200 Kes Penceraian Di UK

Ramai yang bermain Fortnite pasti akan merasakan yang game ini mampu mengeratkan hubungan antara mana-mana pemain. Dengan gameplay yang seronok, grafik yang santai serta pelbagai lagi tarikan, semestinya Fortnite boleh membuat kita bergelak ketawa bersama.

Tetapi, itu bukan kisahnya kepada sesetengah pasangan di United Kingdom (UK). Menurut laporan divorce-online.co.uk, kira-kira 200 petisyen penceraian sejak Januari 2018 yang mana ketagihan kepada Fortnite dan game online lain telah diletakkan sebagai salah satu punca pasangan untuk bercerai.

Jurucakap untuk syarikat tersebut menyatakan, “ketagihan kepada dadah, alkohol dan judi telah sering diletakkan sebagai punca kepada kegagalan hubungan tetapi kewujudan revolusi digital telah mencipta ketagihan-ketagihan yang baru.”

“Ia kini termasuklah pornografi online, gaming online dan media sosial, jadi ia tidak mengejutkan kepada kita yang lebih banyak pasangan yang mengalami masalah perhubungan kerana ketagihan digital.”

Fortnite Battle Royale masih lagi boleh dikatakan sebagai game yang paling popular masakini, walaupun ada bukti yang menunjukkan yang pendapatannya semakin perlahan. Ia telah dilancarkan pada September 2017, dan kini boleh dimainkan di PC, PS4, Xbox One, Switch, iOS dan Android.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Pembangunan Assassin’s Creed Odyssey Kini Telah Siap! Bersedia Untuk Dilancarkan

Ini 10 Pemain Dengan Rating Paling Tinggi Dalam FIFA 19