in , , , , ,

Fortnite Dedahkan Mode 50v50 Untuk Masa Terhad, Boleh Dimainkan Sekarang!

Semasa The Game Awards 2017 yang baru sahaja berakhir sebentar tadi, Epic Games telah mendedahkan sebuah mode baru dalam Fortnite.

Mode baru ini adalah 50v50, yang mana pasukan terakhir yang masih kekal hidup akan memenangi perlawanan. Ia merupakan sebuah mode yang hanya boleh dimainkan bermula sekarang hingga 17 Disember ini.

Melalui penerangan yang dikeluarkan di laman web rasmi mereka, ia kedengaran sama seperti mode Battle Royale sedia ada, – boleh bermain sama ada solo, duo atau squad; turun dari bas dan bulatan akan semakin kecil apabila masa bertambah. Tetapi apa yang lainnya adalah ia merupakan pertembungan dua pasukan – 50v50!

Apa yang menarik adalah, korang boleh revive mana-mana ahli pasukan korang (dalam lingkungan 50 orang itu), dan tidak terhad kepada pemain yang berada dalam skuad korang sahaja. Dan pastinya, friendly fire akan ditutup untuk mode ini.

Fortnite kini boleh dimainkan secara percuma di PC, PS4 dan Xbox One.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Team Liquid Kini Mencari Pemain Untuk Pasukan PUBG – Adakah Korang Yang Mereka Cari?

Angkat Pedangmu, Soul Calibur VI Akan dikeluarkan untuk PC, XB1 dan PS4!

Angkat Pedangmu, Soul Calibur VI Akan dikeluarkan untuk PC, XB1 dan PS4!