in , ,

Fortnite Dedahkan Beberapa Streamer Dan Selebriti Yang Akan Memeriahkan Perlawanan Di E3

Fortnite akan diraikan secara besar-besaran pada E3 2018.

Bulan Mac lalu, Epic Games mengumumkan bahawa mereka akan menghadirkan diri ke E3 2018 dan bawakan bersama Fortnite dengan beberapa acara menarik seperti mengumpulkan 50 pro streamer dan 50 selebriti dalam satu perlawanan.

Dalam blogpost terbaru, mereka berkongsi lebih lanjut tentang apakah segala acara yang akan mewarnai Fortnite dalam acara gaming terbesar pada bulan hadapan itu.

50 pemain pro dan 50 selebriti akan berentap dalam beberapa perlawanan Fortnite Battle Royale, yang mana ia digelar ‘Fortnite Celebrity Pro-Am’. Hadiah utama yang menjadi rebutan adalah USD3 juta yang mana wang tersebut nanti akan didermakan ke pusat kebajikan pilihan masing-masing.

Epic menyatakan yang wang USD3 juta adalah berasingan daripada nilai USD100 juta untuk pentas esport Fortnite yang baru sahaja mereka umumkan semalam.

Antara pasangan duo yang telah mereka dedahkan bakal mewarnai perlawanan Pro-Am ini adalah Ninja/Marshmello, Myth/Paul George, Pokimane/Desiigner, Markiplier/Joel Mchale dan Gotaga/Demetrious Johnson. Senarai pasangan duo ini akan mereka dedahkan sedikit demi sedikit sehingga menjelang hari perlawanan.

Perlawanan Pro-Am ini akan berlangsung pada 13 Jun 2018, pukul 6 pagi (waktu Malaysia) dan akan dibawakan secara livestream melalui platform-platform seperti di bawah:

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Sony Berjanji Untuk Terus Menyokong PS4 Sekurang-kurangnya Sehingga Tahun 2021

Battlefield V Disahkan Dengan Latar Belakang Perang Dunia Kedua, Saksikan Gameplay Trailer Pertama!