in , , , , , ,

Fortnite Dan TikTok Umum Kerjasama, Beri Peluang Pemain Cipta Emote Sendiri

Epic Games telah mengumumkan kerjasama dengan TikTok untuk memberi peluang pemain Fortnite mencipta emote sendiri yang akan dimasukkan ke dalam game.

Sekiranya korang sudah biasa bermain TikTok, caranya mudah sahaja untuk menyertai pertandingan ini. Rakam dan muatnaik tarian emote yang korang cipta sendiri di TikTok, kemudian letakkan hashtag #EmoteRoyaleContest. Syaratnya ringkas, tarian tersebut haruslah tarian asli yang dicipta oleh korang sendiri.

Seorang pemain/penari akan dipilih sebagai pemenang. Ganjarannya ialah tarian tersebut akan dimasukkan ke dalam game Fortnite, menerima 25,000 V-Bucks dan pakej giveaway VIP Fortnite.

Pertandingan ini bermula dari 18 Januari, 4 petang hingga 25 Januari, 3:59 petang (waktu Malaysia).

Untuk mengetahui apakah syarat dan peraturan penuh untuk menyertai pertandingan ini, korang boleh bacanya di sini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Musim Kedua The Witcher Netflix Mungkin Bawakan Pelakon Kesukaan Ramai Dari Game of Thrones

Musim Kedua The Witcher Netflix Mungkin Bawakan Pelakon Kesukaan Ramai Dari Game of Thrones

The Witcher Netflix: Gandingan Mantap Geralt Dan Yennefer Yang Mengejutkan

Penerbit Buku The Witcher Umumkan 500,000 Cetakan Semula Selepas Fenomena Siri TV Netflix