Dua hari lalu, Epic Games telah reset map Fortnite dengan peristiwa sinematik yang digelar The End. Melalui peristiwa dalam-game ini, map Fortnite telah diterbalikkan selepas diserang oleh makhluk asing, turut menampilkan Dwayne “The Rock” Johnson dalam acara yang cukup mengagumkan.
Semua kejadian ini disediakan bagi menyambut kedatangan Chapter 3 yang tentunya menyajikan pelbagai kandungan baharu.
Dalam dua video di bawah, Epic telah memperlihatkan beberapa perubahan map, kehadiran skin-skin baharu seperti Spider-Man, karakter dari Gears of War, The Foundation (The Rock) dan macam-macam lagi.
Dalam satu babak Overview Trailer di atas, kami tertarik dengan satu POI (point of interest) yang kelihatan seperti sebuah halaman dan rumah tradisional Melayu (pada minit 1:03). Mungkin kita kena lihat sendiri dalam game.

Fortnite Chapter 3 kini sudah dilancarkan di semua platform yang ada.
Comments
Loading…