in , , , , ,

Fortnite Berjaya Jual 5 Juta Battle Pass Pada Hari Pertama Season 3

Barangan kosmetik sememangnya satu model jualan yang berkesan!

Fortnite Battle Royale mempunyai model pas bermusim yang digelar Battle Pass. Diperkenalkan buat pertama kalinya pada Season 2, ia merupakan sebuah progression yang pemain boleh unlock item-item seperti pakaian, glider, pickaxe, emote dan lain-lain sekiranya pemain menghabiskan beberapa puluh jam untuk mengumpul Battle Star yang cukup.

Penganalisis Michael Pachter mendedahkan yang Epic Games pernah memberitahunya bahawa Battle Pass untuk Season 3 berjaya terjual sebanyak 5 juta semasa musim tersebut dilancarkan pada hari pertama (22 Februari 2018). Satu jumlah yang amat menakjubkan!

Dalam temuramah bersama GamesBeat, Pachter berkata:

“Kamu boleh mainkan Game Pass selamanya dengan membelanjakan USD10 sekali. Ia sangat bijak. Pemain akan melihat pemain lain ada skin yang sukar untuk didapatkan, dan lebih ramai pemain akan membeli Game Pass. Epic memberitahu saya 12 minggu lalu yang mereka menjual 5 juta Game Pass pada hari pertama. USD50 juta dalam satu hari? Ia satu model bisnes yang baik. Saya rasa banyak penerbit akan meniru itu dan bergerak ke kosmetik supaya tiada siapa akan merungut tentang pay-to-win.”

Kenyataan “USD50 juta dalam satu hari” itu mungkin kurang tepat kerana apabila pemain berjaya mencapai Tier tertinggi dalam Battle Pass musim sebelumnya, pemain akan mempunyai Vbucks (matawang dalam game) yang cukup untuk membeli Battle Pass pada musim seterusnya. Dalam kata mudah, pemain hanya perlu membeli sekali sahaja Battle Pass itu yang berharga USD10.

Walau bagaimanapun, berjaya membuat 5 juta pemain “membeli” Battle Pass pada hari pertama memang sesuatu yang cukup membanggakan.

Harus diingat, itu adalah apa yang berlaku pada Season 3. Berapa pula jumlah yang berjaya dikumpul pada hari pertama untuk Season 4 (1 Mei 2018)? Dengan bilangan pemain Fortnite yang semakin hari semakin bertambah, pastinya bilangan tersebut turut bertambah dengan signifikan.

Adakah korang salah seorang pemain yang membeli Battle Pass dalam Fortnite?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Beware: Game Pemanduan Seram Kini Sudah Mempunyai Demo Yang Boleh Dimainkan

Mengapa Ia Digelar ‘Battlefield V’, Sistem Nombor Roman Digunakan? DICE Beri Penjelasan