in , , , , , ,

Fortnite Bawakan Mode Waktu Terhad Seumpama Among Us – The Spy Within

Seperti biasa, apa sahaja yang sedang popular dalam game lain, Epic Games akan cuba bawakan versi mereka sendiri ke dalam Fortnite.

Terbaharu, Fortnite membawakan mode waktu terhad yang cara mainnya adalah sama seperti Among Us.

Menggelarkan mode ini sebagai The Spy Within, ia sudah boleh dimainkan dalam Fortnite sekarang. Satu ciri yang membezakan mode ini dengan Among Us dan mode-mode lain Fortnite ialah The Spy Within dimainkan dalam pandangan first-person.

Selain daripada pandangan first-person itu, semuanya sama seperti apa yang ada dalam Among Us. Mode ini dimainkan oleh 10 orang pemain; 2 pemain sebagai The Spies dan 8 pemain lain sebagai The Agents. The Spies perlu menghapuskan The Agents sebelum setiap The Agents bekerjasama dan berjaya menyempurnakan semua objektif yang disediakan.

Fortnite boleh dimainkan secara percuma di PC, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series, Switch, iOS dan Android.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Sony Tak Benarkan Pemain PS4 Refund Cyberpunk 2077 Walaupun CDPR Kata Boleh

Cyberpunk 2077 Keluarkan 3 Video Trailer Baru, Saksikan Lebih Aksi Karakter Keanu Reeves

Cyberpunk 2077: CDPR Akui Tak Luangkan Masa Secukupnya Untuk Versi PS4, Xbox One