Setelah mengacah kandungan crossover antara Fortnite dan Avengers sepanjang minggu ini, Epic Games telah berkongsi info serta melancarkan mode waktu terhad ini.

Digelar Endgame LTM, perlawanan akan dibahagikan kepada dua pasukan — pasukan Thanos dan pasukan Avengers.

Objektif pasukan Thanos adalah untuk mengumpulkan keenam-enam Infinity Stone. Pemain pertama yang berjaya menemui mana-mana Infinity Stone akan bertukar menjadi Thanos, manakala yang lain-lain akan kekal menjadi Chitauri. Objektif pasukan Avengers pula semestinya adalah untuk memusnahkan Thanos dan kesemua Chitauri.

Kedua-dua pasukan dibenarkan untuk respawn sekiranya mati, namun, apabila Thanos berjaya mengumpulkan kesemua Infinity Stone, pasukan Avengers tidak akan dibenarkan untuk respawn lagi.

Permulaaan game, Avengers akan disediakan dengan peta harta karun yang mengarah kepada item-item ikonik Avengers. Item-item ini seperti perisai Captain America, Stormbreaker kepunyaan Thor dan lain-lain adalah penting untuk mengalahkan Thanos dan konco-konco.

Chitauri dari pasukan Thanos pula akan dibekalkan dengan laser rifle, serangan grenad memusnahkan struktur binaan, serta jetpack.

Thanos (pemain pertama yang menemui Infinity Stone) pula mempunyai kuasa seperti tumbukan padu, serangan beam, keupayaan untuk melompat tinggi dan menghempas segala objek yang menghalangnya.

Setiap kali Infinity Stone baru ditemui, kuasa dan nyawa Thanos akan bertambah, bergantung kepada Infinity Stone yang mana satu ditemui.

Mode waktu terhad ini boleh dimainkan dalam Fortnite secara percuma di PC, PS4, Xbox One, Switch, iOS dan Android.

JomKomen!