Fortnite Bawakan Kandungan Star Wars, Dapatkan Skin Stormtrooper Sekarang

Hari ini bukan sahaja tarikh pelancaran Star Wars Jedi: Fallen Order. Malah, ada satu lagi kandungan Star Wars yang menarik dari game lain.

Fortnite mengumumkan skin Imperial Stormtrooper yang telahpun boleh dibeli dalam game battle royale itu sekarang. Dalam trailer lucu yang dikeluarkan, kita dapat saksikan kemunculan Star Destroyer dan dua Imperial Stormtrooper, sebelum berjumpa dengan beberapa karakter Fortnite lain.

Selain dalam trailer ini, para pemain telah menjumpai Star Destroyer dalam game juga. Mungkinkah ini petanda bahawa lebih banyak kandungan Star Wars akan dibawakan ke dalam Fortnite?

Fortnite boleh dimainkan secara percuma di PC, PS4, Xbox One, Switch, iOS dan Android.

JomKomen!