in , , , , , , ,

Fortnite Bawakan Kandungan Karakter Street Fighter – Kosmetik Ryu Dan Chun-Li

Epic Games sememangnya tidak mahu mengalah dalam membawakan kandungan silang dari francais lain ke dalam game battle royale popular mereka, Fortnite.

Terbaharu, Fortnite akan membawakan skin kosmetik untuk dua karakter ikonik Street Fighter, iaitu Ryu dan Chun-Li. Berita ini diumumkan dalam satu video pendek yang memaparkan rakaman klasik Street Fighter di game arcade.

Korang boleh saksikannya di bawah:

Pemain boleh dapatkan kosmetik-kosmetik ini di Item Shop, yang didatangkan sekali dengan pelbagai item lain seperti Training Bag Back Bling, Shoryuken! Emote, Super Cab-Masher Back Bling, Lightning Kick! Emote serta boleh dapatkan juga item tambahan lain seperti Seven Star Flashing Flail Pickaxe.

Fortnite boleh dimainkan secara percuma di PC, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series, Switch, iOS dan Android.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Saksikan Trailer Penuh DOTA: Dragon’s Blood, Tentunya Ada Banyak Naga

Hideo Kojima Akan Menerbitkan Buku Berbahasa Inggeris Pada Tahun Ini