in , , , , , ,

Fortnite Bawakan Kandungan Bola Sepak – Emote Pele Dan Kostum 23 Kelab Ternama

Fortnite memulakan tahun 2021 dengan membawakan kandungan yang menarik untuk pemain Fortnite dan peminat bola sepak.

Epic Games mengumumkan kerjasama bersama pemain bola sepak terbaik dunia sepanjang zaman dari Brazil, Pele. Bermula 23 Januari ini, pemain berpeluang untuk mendapatkan Air Punch Emote dari Item Shop iaitu emote menumbuk ke udara seperti Pele meraikan jaringan.

Selain itu, Epic Games turut akan menampilkan 10 kostum lelaki dan wanita baharu (Kickoff Set) — yang mana setiap satunya boleh dipadankan dengan 23 rekaan berbeza bertemakan 23 buah kelab bola sepak ternama dari seluruh dunia. Kelab-kelab tersebut ialah:

  • Manchester City FC
  • Juventus
  • AC Milan
  • Inter Milan
  • AS Roma
  • Seattle Sounders FC
  • Atlanta United
  • Los Angeles FC
  • Santos FC
  • Wolves
  • West Ham United FC
  • Sevilla FC
  • Sporting CP
  • Borussia M√∂nchengladbach
  • FC Schalke 04
  • VFL Wolfsburg
  • Rangers FC
  • Celtic FC
  • Cerezo Osaka
  • Melbourne City FC
  • Sydney FC
  • Western Sydney Wanderers
  • EC Bahia

Para pemain boleh mendapatkan Air Punch Emote dan Kickoff Set lebih awal pada 20 Januari ini dengan menyertai (dan memenangi) Pele Cup — kejohanan online dalam game yang pemain boleh sertai.

Di samping itu, Fortnite juga akan membawakan satu mode baharu dalam Creative yang bertemakan bola sepak. Para pemain dalam perlawanan 4-lawan-4 akan menggunakan badan, Pickaxes, power-up, speed boost dan banyak lagi untuk menjaringkan bola ke dalam gol.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Battlefield Seterusnya Dilaporkan Dipengaruhi Kuat Oleh Battlefield 3, Bawakan 128 Pemain

Cooler Master Releases New Lightweight 49g Gaming Mouse, the MM720