Bermacam-macam penambahbaikan telah dilakukan untuk game yang masih berada dalam versi Early Access ini.

Epic Games telah mengeluarkan nota patch untuk kemaskini 1.8, yang bakal membawakan banyak penambahbaikan untuk kedua-dua mode, Save The World (Co-op) dan Battle Royale (PvP), bakal dilancarkan pada hari ini.

Kedua-dua mode memfokuskan tema Halloween dalam kemaskini terbaru ini. Walau bagaimanapun, Save The World akan mendapatkan kemaskini bertemakan Halloween dengan lebih banyak, yang mana ia digelar Fortnitemares. Kemaskini untuk mode co-op ini akan membawakan mahkluk, zon, senjata baru dan lain-lain – semuanya bertemakan Halloween!

Mode Battle Royale juga mendapat kemaskini Halloween, yang mana pemain boleh dapatkan outfit, topi, banner dan senjata tajam yang bertemakan Halloween. Ya, betul! Dalam kemaskini 1.8 ini, Epic Games telah memperkenalkan kosmetik dan kebolehan untuk mengubahsuai karakter.

Dalam masa yang sama, sekiranya kosmetik sudah ditampilkan, pastinya ia tidak dapat dipisahkan daripada mikrotransaksi. Buat pertama kalinya, Epic Games membawakan mikrotransaksi ke dalam Battle Royale, yang mana korang boleh beli barangan kosmetik ini dengan wang sebenar. Semestinya, barangan yang boleh dibeli dengan wang sebenar ini hanyalah bersifat kosmetik dan tidak akan mempengaruhi gameplaynya.

Item-item yang terdapat dalam menu Item Shop ini akan bertukar-tukar secara mingguan dan harian.

Selain itu, fungsi besar terbaru yang ditampilkan ke dalam Battle Royale adalah Leaderboards. Kini, pemain boleh bandingkan prestasi mereka dengan pemain seluruh dunia dalam beberapa Division, atau bandingkan sahaja dengan rakan-rakan. Leaderboards akan dibahagikan kepada tiga kategori mengikut jenis perlawanan, iaitu Solo, Duo dan Squad.

Di samping itu, consumable item terbaru yang diperkenalkan adalah Slurp Juice. Cara jus ini berfungsi adalah apabila ia dimakan, health dan potion pemain akan menaik dengan 1 setiap satu saat selama 25 saat. Ia boleh dimakan beberapa kali (jika pemain memilikinya) sehingga health pemain mencecah 100.

Progression turut diperkenalkan ke dalam mode ini, yang mana ia dipanggil Season Level. Pemain boleh menaikkan Season Level, dan kemudian pada waktu-waktu tertentu, beberapa ganjaran bersifat kosmetik akan diberikan kepada pemain, bergantung kepada Season Level pemain pada ketika itu. Season Level pemain akan menaik dengan lebih pantas sekiranya berjaya melengkapkan Daily Challenges.

Voice chat juga telah ditambah ke dalam platform PS4 dan Xbox One. yang mana fungsi ini sebelum ini hanya disediakan untuk pemain di PC.

Storm juga telah mendapat kemaskini, yang mana selepas ini pemain pasti tidak mahu lagi terlepas ke dalam Storm. Ia akan ditambah dengan kesan-kesan khas secara visual yang membuatkan pengalaman berada dalam Storm ini bertambah tegang.

Selain itu, mereka turut memperkenalkan konfigurasi baru untuk controller. Melalui nota patch yang dikeluarkan, Epic Games menyatakan bahawa ia akan memudahkan pemain untuk bertukar senjata dan membina kubu. Walau bagaimanapun, mereka tidak mendedahkan konfigurasi yang macam mana mereka ubah itu. Nampaknya kita terpaksa menunggu dan mencuba sendiri konfigurasi baru ini, dan memutuskan sendiri sama ada ia memang bertambah mudah atau masih lagi payah seperti sekarang ini.

Di samping itu, pemain kini hanya perlu lalu sahaja di ammo dan material-material membina kubu dan ia akan secara automatiknya masuk ke dalam inventori pemain. Walau bagaimanapun, item-item lain dan senjata perlu dikutip secara manual macam biasa.

Banyak lagi penambahbaikan dan pembaharuan yang diperkenalkan Epic Games ke dalam game ini, dan korang boleh baca nota patch penuhnya di sini.

Fortnite kini berada dalam versi Early Access dan korang boleh mainkannya secara percuma di PC, PS4 dan Xbox One.

JomBaca: Kami Dah Cuba, Fortnite: Battle Royale Boleh Squad-Up Cross-Play Antara PC Dan PS4! Ini Cara-Caranya!

[KEMASKINI]: Epic Games telah mengumumkan waktu kemaskini 1.8 ini akan dilancarkan, iaitu pada pukul 4 petang ini.

JomKomen!