Masa untuk cucuk langit!
Epic Games telah menambah satu lagi bom terbaru yang boleh menyerikan lagi musim cuti ini dalam Fortnite Battle Royale. Diberi nama “Boogie Bomb”, bom ini akan membuat sesiapa yang berada dalam radius letupan menari.
Kami telah mencubanya malam tadi, dan sememangnya ia merupakan satu penambahan yang sangat melucukan. Apabila bom ini meletup, mana-mana pemain yang berada berdekatan akan menari tanpa mereka boleh lakukan apa-apa – mencucuk-cucuk langit di bawah sebiji boleh disko!
Apa yang korang ingin lakukan kepada pemain lawan semasa mereka sedang menari, itu terpulang kepada korang. Dalam kata mudah, bom ini berfungsi untuk stunned mereka.
Apa yang paling menghiburkan ialah ia bukan sahaja terkesan kepada pemain lawan, malah rakan sepasukan juga akan menari kalau mereka berada berdekatan letupan bom ini.
Make your foes dance until they drop with the new Boogie Bomb. Available now! pic.twitter.com/A01U5c55lT
— Fortnite (@FortniteGame) December 23, 2017
Fortnite Battle Royale kini korang boleh mainkan secara percuma di PC, PS4 dan Xbox One.
JomBaca: Fortnite Battle Royale: Mode 50v50 Dikembalikan Atas Permintaan Tinggi Para Peminat
Comments
Loading…