in , ,

Fortnite Battle Royale Tambah Fungsi Split-Screen Untuk PS4 Dan Xbox One

Pernah bercita-cita untuk bermain Fortnite bersama keluarga atau rakan yang berada di sebelah menggunakan konsol yang sama? Impian korang kini sudah tercapai!

Melalui kemaskini 11.30, Epic Games telah menambah fungsi split-screen ke dalam Fortnite Battle Royale. Buat masa ini, fungsi ini hanya dilancarkan untuk PS4 dan Xbox One.

Sifirnya mudah. Sekiranya korang mempunyai dua controller, dua pemain boleh squad-up dan terjah ke dalam playlist Duos atau Squad dan bertembung dengan pemain-pemain online lain — melalui satu sistem konsol yang sama (PS4 atau Xbox One) dengan membahagikan skrin kepada dua bahagian (split-screen).

Epic menyatakan yang fungsi ini masih lagi dalam pelancaran awal, dan mereka masih lagi sedang memperbaikinya.

Di bawah ialah cara bagaimana untuk memulakan fungsi split-screen dan bentuk gameplay ia dimainkan dalam game:

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Sekiro: Shadows Die Twice Dinobatkan ‘Game of the Year’ Di The Game Awards 2019, Lihat Senarai Penuh Pemenang

Microsoft Umumkan Nama Rasmi Xbox Scarlett -- Xbox Series X, Bakal Tiba Akhir Tahun 2020

Jangan Risau, Xbox Series X Boleh Sahaja Diletakkan Secara Menegak Atau Dibaringkan