in , , , ,

Fortnite Battle Royale Perkenalkan Item Baru, Chug Jug, Dan Perbaiki Pelbagai Isu

Minggu yang baru, kemaskini yang baru.

Epic Games telah mengeluarkan nota patch yang baru, berkongsi tentang apakah kandungan kemaskini yang akan dibawakan ke dalam Fortnite pada pukul 5 petang ini (waktu Malaysia).

Menjadi fokus utama dalam kemaskini ini ialah item baru yang akan diperkenalkan, iaitu Chug Jug. Ia merupakan item yang apabila digunakan, ia akan menambah kedua-dua HP dan Shield sehingga penuh kepada pemain. Ia mengambil masa 15 saat untuk dihabiskan.

Selain itu, mereka juga menambah beberapa fungsi baru serta memperbaiki pelbagai isu. Antaranya ialah:

  • Menambah fungsi AutoRun. Pemain di PC perlu menekan  “=” and “NumLock”, manakala untuk konsol pula perlu menekan butang stick kira sebanyak 2 kali.
  • Pemain konsol kini boleh mematikan aim assist.
  • Damage area untuk Spike Trap kini dikurangkan.
  • Membuang keupayaan untuk pemain menyorok di dalam Supply Drop apabila ia jatuh betul-betul di atas pemain.
  • Mengurangkan pelbagai kesan bunyi yang terlalu kuat seperti bunyi bas, bunyi lompatan daripada bas, bunyi angin semasa skydiving dan gliding, serta bunyi tapak kaki, tembakan dan impak semasa dalam fasa panas badan.

Di atas adalah beberapa penambahbaikan dan perubahan yang kami rasakan menarik sahaja. Korang boleh baca nota patch penuh untuk kemaskini kali ini di sini. 

JomBaca: Fortnite Kini Dilancarkan Di Korea Dan Disajikan Dengan Satu Video Yang Kelakar Ini

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

God of War Dah Boleh Pre-Order – Apa Yang Korang Perlu Tahu Tentang Collector’s Dan Digital Deluxe Edition

Anthem Tidak Akan Keluar Pada Tahun Ini, Ditunda Kepada Tahun 2019