[KEMASKINI]: Pendaftaran untuk Invite Event bagi mencuba Fortnite versi mobile kini sudah dibuka. Korang boleh daftarnya di fortnite.com/mobile.
[LAPORAN ASAL]:
Victory Royale di mana-mana, bila-bila masa!
Tak cukup dengan fenomena yang dah tercipta di platform PC, PS4 dan Xbox One, Epic Games telah mengumumkan yang Fortnite: Battle Royale akan dilancarkan untuk telefon pintar dan tablet.
Mereka yang menggunakan iOS akan boleh mula mendaftar untuk mencuba game ini pada Isnin ini di laman web rasmi Fortnite. Sekiranya terpilih, korang akan mencuba game ini dalam satu acara jemputan. Untuk pengguna Android pula, ia akan tiba dalam beberapa bulan lagi.
Kata Epic, versi mobile ini akan membawakan pengalaman Fortnite: Battle Royale yang serupa – gameplay sama, kandungan sama, map sama, dan kemaskini yang sama pada setiap minggu.
Apa yang paling menarik tentang pengumuman ini adalah, melalui kerjasama bersama Sony, Fortnite: Battle Royale akan menyokong fungsi cross-play dan cross-progression antara PS4, PC, Mac, iOS dan kemudiannya Android. Ini bermakna pemain yang bermain di platform-platform yang disebutkan di atas boleh squad-up dan bermain bersama.
Walau bagaimanapun, fungsi tersebut nampaknya tidak disebut untuk Xbox One, berkemungkinan besar atas kerjasama antara Sony itu.
Setakat ini, Epic telah mendedahkan peranti iOS manakah yang boleh memainkan Fortnite: Battle Royale – iaitu iPhone 6S/SE, iPad Mini 4, iPad Pro, iPad Air 2, iPad 2017 atau peranti yang lebih baru, yang menjalankan iOS 11.
Melalui fungsi cross-progression ini, kami menjangkakan versi mobile ini akan ditampilkan oleh Epic dengan model bisnes yang sama seperti platform kini – iaitu game percuma yang mempunyai microtransactions yang menjual barangan bersifat kosmestik.
Pasti menarik melihat bagaimana versi mobile boleh bermain bersama dengan platform di konsol dan PC.
Comments
Loading…