Ahoy!

Season 8 untuk Fortnite akan bermula pada Khamis ini, 28 Februari. Seperti kebiasaan, Epic Games akan mengeluarkan beberapa info acah yang memberikan sedikit klu tentang apakah tema yang akan digunakan dalam musim terbaru itu nanti.

Seperti yang korang boleh lihat dalam dua tweet yang dikeluarkan di bawah, Epic mengacah musim baru dengan tema lanun. Mengacah info-info seperti gambar “hand hook” lanun, gambar ular, serta puisi yang menyebut harta karun, ombak, gua dan lain-lain.

Jadi, apa jangkaan korang untuk Season 8 ini nanti? Apakah pembaharuan menarik yang akan dibawakan?

JomKomen!