in , , , ,

Fortnite Battle Royale: Custom Matchmaking, Mode Baru Akan Diumumkan Semasa The Game Awards

Game ini semakin rancak untuk ditambah dengan kandungan baru.

Apabila kemaskini 1.9.1 dilancarkan semalam, skrin utama Fortnite ada mengumumkan tentang satu mode baru yang akan diumumkan semasa The Game Awards 2017 yang akan diadakan pada 7 Disember ini. Apa yang didedahkan melalui skrin itu adalah ia merupakan mode yang “seronok, baru, dalam masa terhad” yang akan didedahkan secara langsung.

Kemudian, Epic Games telah mengumumkan di laman web rasmi mereka pula bahawa mereka akan memperkenalkan Custom Matchmaking (Private Match), yang mana ia akan kelihatan untuk pengguna PC sahaja dalam masa terhad. Mereka bakal mencuba Private Match semasa acara Dreamhack yang berlangsung pada 1 hingga 3 Disember ini.

Kata Epic, mereka mencuba Private Match untuk melihat bagaimana mereka boleh sediakan acara yang seronok, kompetitif dan “istimewa” untuk para pemain pada masa akan datang.

Custom Matchmaking yang akan kelihatan untuk pengguna PC ini akan tamat selepas acara Dreamhack ini, namun kata Epic, mereka akan berkongsi lebih banyak maklumat tentang bagaimana pemain boleh gunakannya pada tahun baru nanti.

Buat masa sekarang, kita masih belum mengetahui, apakah mode baru (yang diumumkan di skrin utama dalam game) adalah Custom Matchmaking yang diumumkan di laman web mereka itu. Sekiranya bukan, apakah pula mode baru yang akan diperkenalkan itu?

Daripada apa yang kita boleh lihat daripada pengumuman-pengumuman ini, nampaknya Epic Games seperti mahu membawa Fortnite Battle Royale ke arah yang lebih kompetitif. Esport untuk Fortnite tidak lama lagi?

Sama-sama kita nantikan semasa siaran langsung The Game Awards 2017. Korang boleh ketahui macam mana nak tonton anugerah ini di sini.

Fortnite Battle Royale kini boleh dimainkan secara percuma di PC, PS4 dan Xbox One.

JomBaca: Fortnite Battle Royale: Aksi Terbang Dengan RPG Adalah Sesuatu Yang Tidak Dirancang, Dedah Epic Games

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Gang Beasts Akan Mula Bergocoh Ke PlayStation 4 Bermula 12 Disember Ini

Pihak EA Berkata Game Single-Player Sudah Tidak Lagi Dinikmati Oleh Para Pemain