Selepas cedera bertempur, kita rileks dulu dengan unggun api ini.
Kemaskini pertama untuk tahun ini dalam Fortnite Battle Royale kini telah tiba. Terdapat item baru telah diperkenalkan dan beberapa isu telah diperbaiki.
Item baru yang ditampilkan adalah Cozy Campfire. Ia merupakan item untuk membantu pemain menaikkan semula HP seperti medkit, bandage dan sebagainya. Bagaimana ia berfungsi? Pemain perlu ‘hidupkan’ item ini di lantai, kemudian sesiapa yang berdiri berdekatan dengannya akan ditambah HP sebanyak 2 HP setiap saat, selama 25 saat.
Cozy Campire adalah adalah item dengan rarity berwarna biru dan boleh didapati di mana-mana di dalam map.
Selain itu, antara beberapa isu yang diperbaiki dalam kemaskini ini adalah kesan menari daripada Boogie Bomb kini akan hilang apabila pemain terkena tembakan. Ini bagi membuat pemain boleh menyerang balas semula apabila terkena bom ini selepas ia menerima maklum balas yang agak negatif daripada para pemain.
Di samping itu, kemaskini ini juga mengurangkan sedikit bunyi yang dikeluarkan oleh dron apabila seseorang pemain keluar daripada game atau mati. Selepas ini, pemain lain yang berada berdekatan akan kurang untuk mendengar bunyi dron ini.
Ada beberapa isu lain juga telah diperbaiki dan korang boleh baca nota patch penuh di sini.
Fortnite Battle Royale kini boleh dimainkan secara percuma di PC, PS4 dan Xbox One.
JomBaca: Fortnite Kini Adalah Raja Livestream Di PS4, Meninggalkan GTA V Dan CoD: WWII Jauh Di Belakang
Comments
Loading…