in , , , , ,

Fortnite Battle Royale Cecah 2 Juta Pemain Serentak, Tiada Hasrat Untuk Tambah Kenderaan

Hari ini merupakan hari yang amat bermakna untuk Epic Games, khususnya kepada game Fortnite Battle Royale. 

Ia merupakan hari ke-100 sejak Fortnite Battle Royale pertama kali dilancarkan, dan Epic Games telah bercakap kepada beberapa media untuk berkongsi tentang apakah yang berlaku dalam game ini sekarang, terutamanya menjelang kemaskini besar yang bakal dibawakan pada minggu ini.

Mereka telah mengeluarkan sebuah video yang mendedahkan statistik para pemain sepanjang 100 hari pertama ini, dan korang boleh saksikannya di bawah:

Bercakap kepada Eurogamer, Epic mendedahkan bahawa Fortnite Battle Royale telah berjaya mencecah 2 juta pemain serentak pada satu-satu masa, dan jumlah keseluruhan pemain untuk game ini ialah 40 juta pemain – meningkat 10 juta pemain dari Disember 2017 yang mencatatkan 30 juta pemain.

Mungkin ada yang menyatakan, ia adalah sebuah game free-to-play yang boleh dimainkan di tiga platform, iaitu PC, PS4 dan Xbox One, namun ia tetap satu pencapaian yang luar biasa.

“Untuk meletakkan ia dalam konteks, sesetengah daripada kami di pejabat mengatakan yang hey, kita adalah game Battle Royale paling besar di dunia barat, yang mana ia sesuatu yang menggilakan,” kata ketua pereka sistem, Eric Williamson.”

 

Bercakap kepada Rolling Stone pula, beliau menyatakan yang pasukannya merasakan yang menambah kenderaan ke dalam game adalah sesuatu yang tidak perlu.

“Kami bercakap tentang kenderaan dan kelebihan dan kekurangan. Tapi kita tiada keperluan untuk pergi ke mana-mana dalam map kerana masa perjalanan kita membenarkan kamu untuk pergi ke mana-mana saja kamu ingin pergi. Kami berbincang tentang kenderaan, kami bercakap tentang mencuba perkara dengan fungsi yang unik dan ia bukan sahaja tentang ingin pergi dari titik A ke titik B. Itu sajalah apa yang kami bincangkan.”

Melalui map yang tidak terlalu besar serta dengan adanya ‘rocket riding‘ dan penambahan Launch Pad, penulis secara peribadinya juga merasakan perkara yang sama. Kenderaan sememangnya tidak perlu untuk ditambah ke dalam game ini.

Akhir sekali, Epic juga telah memperlihatkan lokasi bandar-bandar baru yang terletak dalam map yang berwajah baru. Korang boleh lihatnya di bawah:

Korang dapat saksikannya di atas, ia bukan sahaja semata-mata menambah bandar-bandar dan lokasi baru ke dalam map. Malah ia menambahbaik visual sedia ada dengan bukit-bukau, jalan-jalan dan beberapa objek lain kelihatan lebih indah.

Buat masa ini, Epic masih belum umumkan bilakah kemaskini besar ini akan dibawakan ke dalam game. Namun yang pasti ia bakal ditampilkan dalam minggu ini. Kami dah tak sabar!

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Donald Trump Umumkan Penghantaran Jet Pejuang F-52, Model Rekaan Dalam Game Call of Duty

Pencipta Uncharted, Amy Hennig Berasa “Terseksa” Setelah Tidak Mengeluarkan Game Sejak Tahun 2011