Bersedia untuk menyerbu kubu pihak lawan dengan bertemankan kepulan asap?

Epic Games telah mengeluarkan nota patch baru, mendedahkan apakah yang akan dibawakan mereka ke dalam Fortnite versi 1.9.1. Seperti biasa, mereka akan memberikan pembaharuan dan menambahbaik dalam kedua-dua mode Fortnite, iaitu Battle Royale dan Save the World.

Fortnite Battle Royale akan mendapat satu lagi gajet baru, kali ini ia lebih berbentuk taktikal dan tidak memberikan sebarang health damage kepada pihak lawan, iaitu Smoke Grenade (bom asap).

Mereka turut mengumumkan bahawa tema Fortnitemares akhirnya akan ditamatkan apabila kemaskini ini dilancarkan. Bermakna, antara perkara yang bakal meninggalkan game ini adalah Rocket Launcher berbentuk labu yang menjadi popular sejak beberapa minggu lalu. Walau bagaimanapun, korang harus terus tersenyum kerana Epic menyatakan bahawa Rocket Launcher yang kembali kepada bentuk sedia kala itu tetap boleh melakukan “rocket riding“.

Selain itu, banyak bug yang menjadi masalah kepada pemain telah diperbaiki. Salah satu bug yang bagi penulis adalah game-breaking yang telah diperbaiki ialah animasi apabila menggunakan Launch Pad – melompat serentak dengan pemain lain akan membuat lompatan daripada Launch Pad itu tidak berjaya dan akhirnya kita terjatuh dan tercedera. Kini, pemain boleh melakukan flanking dengan lebih lancar, menggunakan gajet yang sangat cool ini.

Epic turut memperbaiki keupayaan untuk menekan butang “invite” banyak kali. Selepas ini, tiada lagi spam yang bakal dilakukan oleh rakan korang kerana ia kini hanya boleh menekan butang itu sebanyak dua kali sahaja.

Berita baik buat para pemain yang menggunakan konsol terbaru daripada Microsoft. Kemaskini ini akan mula menyokong keupayaan yang dimiliki oleh Xbox One X – menyajikan grafik yang lebih memukau.

Fortnite: Save the World juga mendapat penambahbaikan seperti memperbaiki gameplay, UI dan stabiliti.

Korang boleh baca nota patch penuh untuk kemaskini 1.9.1 ini di sini. Ia akan dilancarkan pada hari ini (29 November) pada pukul 5 petang (waktu Malaysia).

Fortnite Battle Royale kini boleh dimainkan secara percuma di PC, PS4 dan Xbox One.

Fortnite: Save the World kini berada dalam versi Early Access dan berbayar, dan akan dilancarkan sepenuhnya secara percuma pada tahun hadapan.

JomBaca: Ibu Kepada Seorang Pemain Fortnite Yang Disaman Epic Games Kata Anaknya Telah Dikambinghitamkan

JomKomen!