Menu
in , , , , ,

Fortnite Battle Royale: Battle Pass Diperkenalkan, Kemaskini Dengan Tema Musim Sejuk Dibawakan

Kemaskini dengan tema musim sejuk kini telah tiba untuk game genre battle royale yang sedang hangat popular sekarang ini!

Epic Games baru sahaja mengeluarkan nota patch untuk kemaskini 1.11 yang bakal membawakan pelbagai penambahbaikan, pembaharuan waktu terhad bertemakan musim sejuk serta mengumumkan pas bermusim, Battle Pass.

Menjadi fokus utama dalam kemaskini terbaru yang akan dilancarkan pada hari ini adalah Battle Pass, sebuah pas bermusim untuk Season 2 dalam Fortnite Battle Royale. Apa yang korang akan dapat melalui pembeli Battle Pass ini adalah barangan-barangan kosmetik premium seperti skins, gliders, emotes dan banyak lagi.

Untuk Season 2, terdapat 7 barangan kosmetik yang boleh diperoleh dari level 8 hingga level 14. 3 daripada 7 barangan ini adalah percuma, manakala 4 barangan lagi adalah premium. Untuk mendapatkan barangan premium ini, korang boleh beli secara berasingan ataupun dapatkan Battle Pass (dapat semua sekali). Semestinya, barangan-barangan ini semua adalah bersifat kosmetik.

Battle Pass boleh dibeli dengan 950 V-bucks, iaitu matawang dalam game yang boleh dibeli dengan wang sebenar. 1,000 V-bucks boleh dibeli dengan harga USD9.99.

Secara peribadi, penulis berharap agar Epic Games mengeluarkan pembelian V-bucks ke dalam PlayStation Store Asia supaya penulis dapat membelinya dengan menggunakan matawang Ringgit. Sehingga artikel ini ditulis, Epic masih belum melancarkannya ke PS Store Asia.

Baiklah, kita berbalik kepada nota patch yang telah dikeluarkan. Antara pembaharuan waktu terhad bertemakan musim sejuk yang akan ditampilkan adalah Snowball Grenade Launcher, Battle Bus bertemakan perayaan, dan beberapa hadiah yang menanti di pulau itu.

Terdapat juga banyak pembaharuan dan penambahbaikan yang dilakukan kepada gameplay. Di bawah kami senaraikan apa yang kami rasa korang perlu tahu:

  • Apabila membaling grenade, kita akan dapat melihat trajektori grenade itu akan pergi
  • Menambah animasi semasa menuruni cenuram
  • Konfigurasi controller Combat Pro kini diletakkan sebagai default kepada semua pemain baru. Namun, bagi pemain sedia ada, ia tidak menukar apa-apa
  • Bola untuk bola sepak dan bola keranjang kini lebih lancar untuk dimainkan (patch yang sangat penting, kan? haha!)
  • Chest kini tidak lagi kelihatan bercahaya dari jauh apabila ia sebenarnya telah dibuka
  • Pemain tidak akan lagi berada dalam build mode (blueprint) apabila telah tercedera (knocked down)

Kemaskini terbaru ini dijangka akan dilancarkan pada hari ini pukul 5 petang waktu Malaysia.

Fortnite Battle Royale kini boleh dimainkan secara percuma di PC, PS4 dan Xbox One.

JomBaca: Fortnite Dedahkan Mode 50v50 Untuk Masa Terhad, Boleh Dimainkan Sekarang!

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Leave a Reply

Exit mobile version