in , , , , ,

Fortnite Battle Royale Akan Dilengkapi Dengan Sistem Replay Editor Tidak Lama Lagi

Satu per satu fungsi baru ditambah ke dalam Fortnite.

Epic Games tidak mahu terlalu selesa dengan apa yang mereka hidangkan untuk para pemain Fortnite, walaupun ia mungkin adalah game yang paling popular di dunia sekarang. Saban minggu, pasti ada sahaja pengumuman baru yang didedahkan bagi menambahbaik game ini.

Terbaru, fungsi baru akan datang yang telah didedahkan bakal membuat ramai pencipta kandungan (content creators) tersenyum lebar. Epic akan membawakan sistem ulang tayang (replay) terbina ke dalam Fortnite Battle Royale.

Fungsi ini didedahkan oleh Epic semasa pembentangan State of Unreal di GDC 2018, lapor Eurogamer.

Kata Epic, pemain boleh merakam dan menyimpan mana-mana sesi perlawanan Battle Royale, kemudian dari rakaman yang telah disimpan itu, pemain boleh menyuntingnya (edit) dengan pelbagai fungsi. Dari situ, content creators mampu mencipta pelbagai kandungan menarik, antaranya mungkin aksi-aksi yang lebih bersifat sinematik.

Bukan untuk content creators sahaja, sistem ini juga bakal membantu pemain yang ingin memperbaiki gameplay mereka. Pemain boleh menggunakan sistem ini untuk menganalisis gameplay sendiri atau pihak lawan, melihat apa yang sepatutnya dilakukan serta kesilapan yang boleh dipelajari.

Antara butang-butang yang boleh dimainkan semasa menyunting replay tersebut adalah sepertiΒ exposure, focal length dan focus, serta keupayaan untuk melihat berapakah HP dan senjata yang dipakai oleh seseorang pemain itu.

Sistem ini mungkin fungsi yang sudah biasa digunakan oleh para pemain PUBG.

Dalam video terbaru yang dikeluarkan, Youtuber terkenal, Ali-A telah memberikan pandangan pertamanya mengenai sistem ini selepas diberikan peluang oleh Epic untuk mencubanya. Korang boleh tontonnya di bawah:

Walau bagaimanapun, Epic masih belum mendedahkan bilakah sistem baru ini akan dilancarkan kepada semua pemain, namun menyatakan yang ia akan dibawakan ke pemain konsol dan PC ‘tidak lama lagi’.

Jadi, apa reaksi korang mengenai sistem terbaru yang akan diperkenalkan ini? Sesuatu yang bagus untuk Fortnite Battle Royale?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Hadiah Terkumpul RM30,000 Jadi Rebutan Dalam Pertandingan Arena of Valor Di Kuala Terengganu

Ubisoft Umumkan Kerjasama Dengan Tencent Untuk Bawa Game PC Dan Mobile Ke Pasaran China