Fortnite baru sahaja memperkenalkan mode PvP terbaru percuma iaitu Battle Royale, di mana ianya seakan-akan sama dengan mode game PlayerUnknown’s Battlegrounds yang popular di PC.

Dan sekiranya korang mengikuti perkembangan game ini, pasti korang tahu bahawa mode Battle Royale ini akan dikeluarkan pada hari ini. Walau bagaimanapun, ia dijangka tidak akan dilancarkan di Playstation Store Asia (R3), jadi macam mana nak mainkannya?

Dalam artikel kali ini, kami akan menunjukkan kepada korang macam mana nak download Fortnite: Battle Royale daripada PS Store US/UK ini, tetapi korang masih boleh mainkannya di akaun Asia (R3) korang. Jom kita tengok!

1. Pastikan korang download Fortnite: Battle Royale yang percuma ini di PS Store Amerika (R1) atau Eropah (R2). Korang boleh ketahui macam mana nak cipta akaun R1 dan R2 di sini.

2. Tak perlu buka game itu lagi (tapi kalau terbuka, closed-kan je balik).

3. Cipta akaun Epic Games di link ini. Pastikan korang pilih negara “United States”.

4. Kemudian, pergi ke link ini , korang kena connect-kan akaun R3 korang seperti di bawah:

Gambar ini penulis sudah tersedia connect dkt account r3nya

5. Kemudian, korang dah boleh mula game ini menggunakan akaun R3 korang.

Info Tambahan:
Berita baik untuk korang yang ada PC, Fortnite mempunyai keupayaan cross-play, jadi semua reward korang yang main di PS4 akan dibawa ke PC.

JomKomen!