in , , , , , , ,

Fortnite Bakal Adakan Acara Istimewa Semasa E3, Kumpulkan 50 Selebriti Dan 50 Pemain Pro

Acara terbesar untuk Fortnite, mungkin?

Fortnite kini mungkin adalah video game paling ramai dimainkan di planet. Dan pembangunnya, Epic Games nampaknya akan mengangkat game ini dari satu ke satu tahap yang lebih tinggi.

Terbaru, Epic telah mengumumkan bahawa semasa persidangan E3 2018, ekspo video game terbesar pada setiap tahun, yang bakal diadakan pada Jun ini di Los Angeles, Amerika Syarikat, mereka akan mengadakan satu perlawanan istimewa dalam Fortnite Battle Royale. Mereka akan membawakan 50 selebriti dan atlet sukan serta 50 pemain pro ke dalam perlawanan yang digelar ‘Party Royale’.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan di laman rasminya, Epic menyatakan yang mereka akan “menggabungkan beberapa atlet dan penghibur yang terbaik di dunia dengan pemain-pemain hebat Fortnite Battle Royale dari seluruh dunia.”

Melalui pengamatan kami, mungkin Epic akan membentuk 25 pasukan yang terdiri daripada 4 pemain. Setiap pasukan ini akan menggabungkan 2 selebriti/atlet dan 2 pemain pro, dan seterusnya berentap dalam beberapa perlawanan offline.

Acara ini mungkin boleh dikatakan seumpama dengan acara yang pernah diadakan oleh EA dan DICE untuk Battlefield 1.

 

Di akhir kenyataan itu, Epic turut mendedahkan yang musim pertama untuk permainan kompetitif akan didedahkan dalam minggu-minggu akan datang. Dan kami menjangkakan yang ‘Party Royale’ ini bakal menjadi demonstrasi kepada apakah perancangan mereka untuk bawa game ini ke arah esport.

Fortnite sememangnya satu fenomena global kini. Dan sekiranya korang tidak tahu, ia turut dimainkan oleh selebriti dan atlet sukan terkemuka seluruh dunia. Antaranya adalah Drake, penyanyi rap Kanada yang baru sahaja squad-up bersama Ninja beberapa hari lalu.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Hellblade Dan Horizon Zero Dawn Mengungguli Pencalonan Anugerah Bafta Game 2018

Saksikan Putrajaya Direka Semula Dalam Game Cities: Skylines