Fortnite bakal menggegarkan pentas esport!

Fortnite Battle Royale sememangnya sebuah game yang bukan sahaja menarik untuk dimainkan, tetapi juga seronok untuk ditonton. Melalui grafik dan persekitarannya yang lebih ringan, ia adalah game yang sesuai untuk pelbagai lapisan gamers — dan semestinya menarik untuk dijadikan esport.

Terbaru, Epic Games telah mengumumkan sesuatu yang agak mengejutkan untuk pentas esport. Mereka telah mendedahkan bahawa mereka akan menawarkan wang terkumpul sebanyak USD100 juta (~RM397 juta) dalam tahun pertama (2018-2019) mereka membawakan pertandingan kompetitif ke dalam Fortnite.

Dalam blog post yang ringkas itu, Epic tidak berkongsi info lanjut tentang apa dan bagaimana mereka akan tampilkan pertandingan kompetitif dalam game yang menjadi fenomena global ini. Mereka hanya berkata bahawa perlawanan kompetitif yang bakal mereka bawakan ini adalah pendekatan yang berbeza — akan lebih inklusif, dan fokus kepada keseronokan bermain dan menonton game ini.

Kata mereka lagi, struktur pertandingan dan platform-platform yang ditawarkan akan didedahkan dalam minggu-minggu akan datang.

Jadi, apa yang korang jangkakan daripada pertandingan kompetitif Fortnite ini? Bagaimana bentuk perlawanan akan ditampilkan? Apakah akan ada pecahan antara platform PC dan konsol? Mobile akan turut serta?

Sama-sama kita nantikan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.