in , , , , , ,

Fortnite Akan Tamatkan Mode Playground Minggu Hadapan, Akan Bawakan Mode Kreatif Penuh Yang Ditambahbaik

Seminggu je mode ini? 🙁

Sejak dilancarkan sepenuhnya pada beberapa hari yang lalu, mode Playground dalam Fortnite Battle Royale telah menyajikan kepada kita dengan pelbagai hasil kreatif yang sangat menghiburkan. Trek Mario Kart, piramid gergasi dan istana pelbagai rupa adalah antara hasil binaan yang telah dicipta oleh komuniti ini.

Terbaru, Epic Games telah mengesahkan mode yang menjadi kegemaran ramai itu kini akan ditamatkan pada 12 Julai ini, apabila Season 5 bermula kelak. Walau bagaimanapun, Epic tahu tentang keseronokan pemain ‘melepak’ dalam mode ini, dan mereka kini sedang mengambil kira semua maklumbalas yang diberikan pemain dan akan mengeluarkannya semula dengan beberapa penambahbaikan yang baru.

Antara pembaharuan yang akan diperkenalkan dalam versi Playground akan datang, yang telah didedahkan oleh Epic di Reddit, ialah:

  • 1v1 dan 2v2
  • Aim assist untuk controller
  • Editing untuk struktur binaan pemain lain
  • Trap memberikan kesan kepada pihak lawan/rakan dengan betul
  • Menampakkan rakan sepasukan dalam map
  • Memberikan damage kepada pihak lawan dengan pickaxe

Kata Epic lagi, mode Playground yang ada pada masa ini adalah satu langkah pertama dalam memperkenalkan mode kreatif penuh dalam Fortnite.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

10 Kali Ganda Peningkatan Kelajuan Internet Untuk Pelanggan Unifi Sedia Ada, Menurut Akaun Twitter Unifi

Pasukan League of Legends FrostFire Akan Adakan Bootcamp Di Korea Selama 2 Minggu!