Jetpack pulak dah…
Epic Games mula mengacah apakah kandungan terbaru yang akan dibawakan ke dalam Fortnite Battle Royale pada minggu ini. Kali ini, ia adalah Jetpack!
Di mana ia boleh ditemui dan bagaimana ia berfungsi masih belum diketahui. Mereka baru sahaja mengacah item terbaru ini di menu utama Battle Royale.

Selain itu, malam tadi Fortnite Battle Royale telah ditambah dengan limited-time mode (LTM) baru, digelar Solid Gold. Ia merupakan mode istimewa sementara waktu yang hanya menampilkan senjata-senjata Legendary (berwarna emas) dalam game.
Kami telah mencubanya dan ia sememangnya satu mode yang sangat menyeronokkan. Mungkin mode paling kegemaran penulis setakat ini, sebab boleh dapat Scar Legendary di mana-mana sahaja haha!
Comments
Loading…