Fortnite merupakan game digital yang menjana pendapatan paling tinggi sepanjang 2019, menjadikan game ini merangkul takhta itu sebanyak dua tahun berturut-turut.
Daripada data analisis yang dikeluarkan SuperData, Fortnite telah menjana pendapat sebanyak USD1.8b (~RM7.38b) pada tahun 2019. Antara resipi kejayaan ini, menurut analisis ini, adalah disebabkan kandungan crossover yang ditampilkan ke dalam Fortnite seperti Avengers, Stranger Things dan Star Wars.
Mengikuti rapat kejayaan Fortnite ini adalah Dungeon Fighter Online dengan USD1.6b (~RM6.56b), Honour of Kings (USD1.6b)(~RM6.56b) dan League of Legends (USD1.5b)(~RM6.15b).
Kajian ini turut menyatakan bahawa setiap 5 dollar yang dibelanja terhadap game digital, 4 dollar datang daripada game free-to-play — terima kasih kepada prestasi kukuh game-game mobile.
Kemudian, daripada 10 game free-to-play yang menjana pendapatan tertinggi, 6 daripadanya datang daripada game mobile. Game mobile paling berjaya sepanjang tahun lalu ialah Honour of Kings, Candy Crush Saga dan Pokemon Go.
Korang boleh baca laporan penuh data analisis yang dikeluarkan SuperData di sini.
Memasuki tahun 2020, Fortnite nampaknya tidak menunjukkan bakal berundur daripada menjadi antara game paling popular pada tahun ini lagi. Mampukah Fortnite menjadi game digital yang menjana pendapatan paling tinggi untuk tahun 2020 juga? Sama-sama kita lihat dalam masa 12 bulan akan datang.
Comments
Loading…