Epic Games semakin hari semakin tidak menunjukkan tanda-tanda untuk memperlahankan proses penambahbaikan dalam Fortnite.

Terbaru, mereka telah mendedahkan apakah perancangan besar terhadap Fortnite, kali ini khusus kepada mode Battle Royale. Di bawah, kami senaraikan beberapa perancangan masa depan mereka, yang mana kami rasakan korang perlu tahu.

Mengoptimumkan Pengalaman Bermain

Epic sedang berusaha sebaik boleh untuk menambahbaik pengalaman Fortnite secara keseluruhan dalam semua aspek. Menyingkatkan masa dari lobi ke dalam game adalah antara keutamaan mereka.

60 FPS Di Konsol

Sekitar bulan ini, Epic akan membawakan 60 FPS ke dalam Xbox One dan PS4. Pengalaman ini adalah antara penambahbaikan yang sangat diminta oleh para pemain di konsol.

Matchmaking Berdasarkan Skill

Epic sedang cuba untuk memperkenalkan matchmaking berdasarkan skill. Senang cerita, pemain yang mempunyai skill yang tinggi akan mempertemukan pemain yang juga mempunyai skill tinggi, dan sebaliknya.

Setelah mengumumkan perkara ini, rata-rata peminat memberikan maklumbalas yang kurang baik. Mereka mahukan Fortnite mengekalkan momen-momen rawaknya apabila bertemu dengan semua jenis pemain dalam satu-satu game.

Lebih Banyak Item Kosmetik

Lebih banyak item kosmetik akan ditampilkan ke dalam game bagi memberikan pemain lebih banyak pilihan untuk menonjolkan diri daripada pemain lain. Glider, outfit, dan harvesting tool bukan sahaja akan membawakan lebih banyak pilihan baru, tetapi juga akan mencantikkan lagi rupa item yang telah dikeluarkan sebelum-sebelum ini.

Di bawah adalah beberapa kosmetik yang dalam perancangan Epic:

Lebih Banyak Item & Senjata

Epic bukan sahaja akan menambah lebih banyak consumable item (potion, bandage) dan senjata, malah juga akan membawakan lebih banyak jenis-jenis item baru yang lebih daripada itu.

Ia seterusnya akan memperkenalkan lebih keseronokan ke dalam game.

Lebih Banyak LTM

Epic telah mendedahkan banyak limited-time mode (LTM) yang sudah berada dalam perancangan mereka. Antara mode yang akan mewarnai lagi game ini ialah:

  • Blitz Mode (perlawanan yang lebih singkat)
  • Lompat ke dalam bulatan pertama
  • Memendekkan masa antara setiap bulatan
  • Saiz pasukan antara 50v50 dan skuad
  • 50v50 v2:
    – Pengalaman yang lebih banyak persamaan dengan trailer 50v50
    – Memisahkan dua pasukan pada permulaan
    – Tertumpu kepada pertempuran
    – Bas untuk setiap pasukan
    – Boleh nampak semua rakan sepasukan dalam map
    – Lebih banyak supply drop
Custom Match

Custom Match pernah disebutkan sebelum ini, dan ia disebutkan lagi dalam perancangan mereka kali ini. Namun, mereka tidak mengumumkan bilakah ia akan dibawakan kepada semua pemain kerana masih mencuba untuk memperbaiki fungsi ini.

Ini adalah beberapa sahaja perancangan yang telah diumumkan Epic untuk Fortnite, yang kami rasakan menarik dan korang perlu tahu. Kalau korang nak baca perancangan mereka ini secara penuh, korang boleh bacanya di sini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.