in , , , ,

For Honor, Sniper Elite 4 Ungguli Carta Paling Laris Di UK Pada Minggu Lalu

Game pertarungan pedang zaman pertengahan ini berada di puncak pada minggu lalu.

Walaupun Ubisoft masih belum mengeluarkan sebarang data rasmi tentang For Honor, namun kita telah mendapat beberapa info terbaru mengenai hasil jualan game ini.

Menurut laporan VG247, memetik statistik yang dikeluarkan Gfk, For Honor telah mengungguli carta video game paling laris sepanjang minggu lalu di United Kingdom (UK). 57 peratus daripada jualan tersebut diperoleh daripada PS4, manakala 43 peratus pula daripada Xbox One. Jualan di PC pula tidak dinyatakan.

Statistik ini menjadikan game keluaran Ubisoft itu adalah pelancaran IP baru terbesar selepas game yang mendapat hype yang cukup tinggi pada suatu ketika dulu, iaitu No Man’s Sky.

Anda boleh baca pandangan kami mengenai For Honor dalam review Boleh Beli or Boleh Blah!?.

Sniper Elite 4, yang juga dilancarkan pada minggu yang sama dengan For Honor, telah menduduki tangga kedua di UK. Di tangga ketiga, tidak lain dan tidak bukan, game yang sememangnya unstoppable, Grand Theft Auto V.

Berikut adalah senarai penuh hasil jualan minggu lalu di UK:

1. For Honor
2. Sniper Elite 4
3. GTA 5
4. FIFA 17
5. Battlefield 1
6. Resident Evil 7
7. Call of Duty: Infinite Warfare
8. Rocket League
9. Forza Horizon 3
10. Watch Dogs 2

Dalam laporan sebelum ini, GTA V telah terjual lebih banyak pada 2016 berbanding 2015, dan kini adalah video game ke-4 paling laku dalam sejarah.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Nioh Akan Menerima Misi Yang Lebih Mencabar Dan PvP

Seorang Individu Telah Menerima Nintendo Switch 2 Minggu Awal, Jom Lihat Video Rakaman Beliau!

Nintendo Switch Barang “Panas” – Unit Terjual Awal Adalah Unit Yang Dicuri!