in , , , ,

For Honor Open Beta Akan Diadakan 9-12 Februari, Satu Game Mode Baru Ditambah

Anda terlepas untuk bermain Closed Beta tempoh hari? Inilah masa yang terbaik untuk anda mencuba game pertarungan jarak dekat terbaru ini!

Ubisoft dalam laman Ubiblog telah mengesahkan bahawa mereka bakal mengadakan sesi Open Beta untuk For Honor dari 9 hingga 12 Februari 2017.

Selain 3 game mode yang ditampilkan dalam Closed Beta tempoh hari, iaitu Dominion, Brawl dan Duel, Open Beta kali ini juga akan menampilkan satu lagi game mode, iaitu Elimination. Game mode ini akan menyajikan 4v4, di mana pemain tidak boleh respawn selepas mati dalam sebuah perlawanan best-of-5.

Sekiranya anda ingin mendapatkan gambaran bagaimanakah game ini akan dimainkan sebelum mencuba Open Beta kelak, anda boleh baca pandangan kami dalam Suka Duka Beta: For Honor.

For Honor akan dilancarkan sepenuhnya pada 14 Februari 2017 di PC, PS4 dan Xbox One.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

John Wick Chronicles: Mengamuk Sebagai John Wick Di Dalam VR!

Horizon Zero Dawn Kini Telah Siap Pembangunannya, Bersedia Untuk Ke Dunia Robotik Akhir Bulan Ini