Nampaknya keluaran Ubisoft kali ini juga akan menerima respon-respon positif.
For Honor menyajikan dengan tiga jenis pahlawan ikonik dalam sejarah untuk digunakan oleh pemain, iaitu Vikings, Knights dan Samurai! Ketiga-tiga kumpulan pahlawan ini masing-masing akan digelar sebagai The Warborn, The Legion dan The Chosen.
Kumpulan-kumpulan ini bukanlah nama-nama yang direka-reka atau fantasi dalam game ini. Ianya boleh dikatakan Spec Ops pada zaman medieval dahulu yang mempunyai kehebatan bertarung yang tersendiri di medan perang!
Bersedialah untuk bermandikan darah dan menentang musuh-musuh yang bersenjatakan pedang, kapak dan lembing! Huarrgh!!!
Berikut adalah pemarkahan yang telah diterima oleh For Honor.
- Attack of the Fanboy – 4.5/5
- Cheat Code Central – 4/5
- Stevivor – 9
- IGN – Dalam proses
- Destructoid – Dalam proses
- Gamespot – Dalam proses
- USgamer – Dalam proses
- PCWorld – Dalam proses
Sementara tunggu review Boleh Beli or Boleh Blah!? daripada JomGaming, jom layan dulu 15 minit pertama dalam Story Mode For Honor!
Ini antara gameplay yang sempat kitorang mainkan setakat ini – amacam, apa pendapat korang?
Comments
Loading…