Impian sejak kecil korang untuk menghunus pedang dengan penuh gaya kini bukan lagi angan-angan.
Pada E3 2015, Ubisoft telah mengumumkan sebuah IP baru, For Honor, yang mana ia adalah sebuah game yang mengfokuskan pertarungan pedang pada zaman silam medieval. Game yang dibangunkan oleh Ubisoft Montreal ini bakal mengetengahkan aksi pertempuran jarak dekat (hack & slash), di mana sistem pertempuran ini digelarkan sebagai “The Art of Battle”.
Selepas beberapa bulan ia diumumkan, banyak maklumat yang telah developers dedahkan. Ini antara 7 fakta menarik yang telah kami ringkaskan untuk korang!
1. Bakal Mempunyai Story Campaign!
Semasa gameplay game ini dilihatkan pertama kalinya di E3 tahun lalu, ia hanya menunjukkan mode 4v4 multiplayer yang juga terdapat AI dalam mode tersebut. Maka, ramai yang berspekulasi bahawa game ini hanya akan mempunyai multiplayer.
Dalam trend pengeluaran game masa kini, kehadiran story campaign boleh dikatakan adalah sesuatu yang sangat rare. Namun, itu bukanlah situasinya dalam For Honor. Producer game ini, Stephane Cardin telah mengesahkan bahawa game ini akan dihadirkan dengan story campaign yang penuh dalam satu video temu ramah. Memetik kata-kata beliau:
“One of the big questions we receive in feedback is about the solo campaign. We said that we will have a solo campaign, and I can promise you that we will have a solo campaign. It’s one of the key subjects we are working on, on the floor. I can’t wait to show stuff to you guys, and we’ll do it as early as possible, like we did with the multiplayer.”
Korang boleh tengok video temu ramah tersebut di bawah:
2. Pahlawan-Pahlawan Ikonik Sepanjang Zaman!
Game ini bakal disajikan dengan tiga jenis pahlawan ikonik dalam sejarah, iaitu Vikings, Knights dan Samurai! Ketiga-tiga kumpulan pahlawan ini masing-masing akan digelar sebagai The Warborn, The Legion dan The Chosen.
Kumpulan-kumpulan ini bukanlah nama-nama yang direka-reka atau fantasi dalam game ini. Ianya boleh dikatakan Spec Ops pada zaman medieval dahulu yang mempunyai kehebatan bertarung yang tersendiri di medan perang!
3. Class (Hero) Yang Pelbagai!
Karakter yang ditampilkan bukan sahaja terbahagi kepada tiga kumpulan yang disebut di atas. Setiap kumpulan ini akan memiliki Hero atau kelasnya yang lebih mendalam. Buat masa ini, mereka masih belum lagi mengesahkan bilangan Hero untuk setiap kumpulan, namun, yang pasti ia akan dihadirkan dalam jumlah yang banyak.
Antara Hero yang telah mereka perkenalkan adalah Warden (Knight), Raider (Viking) dan Oni (Samurai). Setiap hero mempunyai senjata, skill, gerakan dan perwatakannya yang unik, di mana ia bakal mempengaruhi setiap pertarungan yang korang mainkan.
Dan untuk tambahan, karakter-karakter ini juga bakal diberi pilihan untuk memilih sama ada karakter lelaki mahupun perempuan.
4. Kompetitif & Strategik.
For Honor boleh dikatakan sebuah game yang mungkin tidak pernah lagi dilakukan oleh mana-mana pihak. Ia adalah sebuah game pertempuran pedang third-person yang kompetitif, di mana ia menggabungkan kepantasan, strategi dan kerjasama yang jitu antara pasukan dalam aksi multiplayer. Membacakan cara game ini digambarkan adalah sesuatu yang segar dan berbeza dari game yang ada di pasaran kini.
5. Customize Karakter Dengan Unik!
Mencipta dan mengubah karakter korang dengan unik mungkin adalah antara perkara yang paling menarik dalam game ini. Apakah gunanya bermain multiplayer sekiranya rupa, bentuk dan warna baju-baju besi kita sama dengan karakter rakan kita, ye dak?
For Honor bakal menampilkan customization karakter mereka yang tersendiri. Ekspresikan watak, personaliti dan takutkan musuh korang dengan baju-baju besi korang yang boleh diubah dengan citarasa korang sendiri, termasuklah baju besi di dada, bahu dan helmet!
6. Local Splitscreen!
Sekali lagi, feature ini adalah sesuatu yang sangat, sangat rare dalam trend dunia gaming masa kini. Dan ia telah disahkan bahawa game ini bakal menyediakan local splitscreen!
Bukan itu sahaja, malah mereka juga telah mengesahkan game ini akan terdapat AI practice mode untuk kita berlatih dan mendapatkan rentak dahulu sebelum melompat ke dalam aksi multiplayer ataupun story campaign.
7. Pendaftaran Untuk Beta Kini Telah Dibuka!
Dengan segala feature yang telah diperkenalkan, pastinya korang ingin menjadi antara pemain yang paling awal untuk mencuba game ini, sama seperti penulis. Jadi, tempah tempat korang dalam Beta sekarang!
Buat masa ini, tarikh Beta masih lagi belum diumumkan. Namun, korang dah boleh mula daftar untuk mendapatkan akses Beta DI SINI.
For Honor akan dilancarkan untuk PC, PS4 dan Xbox One pada suatu tarikh yang masih belum diumumkan.
Jadi, amacam? Dah tak sabar untuk melakukan hayunan pedang di dalam suasana yang huru-hara, penuh kekejaman dan keganasan dalam For Honor? Kongsikan bersama kami apakah feature yang paling korang tertarik dengan game ini.
Comments
Loading…