in , , , , ,

Football Manager Takkan Guna Lagi Nama Manchester United Selepas Pertikaian Tanda Dagang

Francais game simulasi pengurusan kelab bola sepak tersohor, Football Manager tidak akan lagi menggunakan nama ‘Manchester United’.

Perkara ini diumumkan pembangunnya, Sports Interactive dalam satu tweet.

“Manchester United dan Sega telah bersetuju satu persetujuan untuk menyelesaikan secara baik pertikaian tanda dagang mereka yang terkait dengan Football Manager,” kata kenyataan tersebut. “Kedua-dua pihak gembira untuk menyelesaikan perkara ini dengan kedua-duanya berpuas hati.”

Mereka kemudian menjelaskan yang bermula dari Football Manager 2022, kelab bola sepak Manchester United akan dikenali dengan nama ‘Manchester UFC’ atau ‘Man UFC’.

Isu ini sebenarnya sudahpun berlarutan selama lebih daripada setahun. Pada Mei 2020, kelab dari England itu telah menyaman penerbit dan pembangun siri Football Manager, Sega Publishing dan Sports Interactive (SI Games) kerana pembangun itu dikatakan telah mencabuli tanda perniagaan dengan menggunakan nama Manchester United “terlalu meluas dalam game”.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Fungsi Cipta Kelab Sendiri Kembali Dalam FIFA 22 Career Mode, Tambah Atmosfera Di Bilik Persalinan

PUBG Telah Bertukar Nama, Kini Dikenali Sebagai ‘PUBG: Battlegrounds’ Untuk PC, Konsol