in , , , ,

Football Manager Mulakan Projek Jangka Panjang Untuk Memperkenalkan Bola Sepak Wanita

Sports Interactive telah mengumumkan satu rancangan menarik untuk memperkayakan lagi kandungan yang ada dalam francais simulasi pengurusan kelab bola sepak mereka, Football Manager.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, lapor IGN, Sports Interactive telah memulakan projek jangka panjang untuk memperkenalkan bola sepak wanita ke dalam game tersebut.

Kehadiran bola sepak wanita ini akan ditambah secara terus ke dalam francais game sedia ada, dan bukan mengasingkannya ke sebuah game yang lain.

Sports Interactive menyatakan yang mereka amat komited dalam memastikan kandungan bola sepak wanita akan dibikin dengan elemen-elemen yang tepat dari dunia sebenar, dan tidak akan mengumumkan apa-apa tarikh pelancaran sehingga mereka benar-benar dapat mencapai standard tersebut.

Pengarahnya, Miles Jacobson menegaskan yang penambahan kandungan bola sepak wanita ini tentunya akan menelan perbelanjaan yang tinggi dan hasilnya adalah sangat minima dalam jangka waktu pendek. Namun, objektif utama mereka adalah untuk memecahkan kekangan-kekangan yang timbul selama ini, serta ingin mewujudkan kesamarataan dalam dunia bola sepak.

Sama-sama kita nantikan bilakah dan bagaimanakah bentuk kandungan bola sepak wanita yang akan ditampilkan ke dalam francais Football Manager kelak.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Ariana Grande Adalah Bintang Seterusnya Dalam Konsert Fortnite, Berlangsung Selama 3 Hari

Battlefield 2042 Tiada Story Campaign, Tapi EA Umumkan Filem Pendek, Berjudul Exodus