Uruskan pasukan bola sepak korang di mana-mana korang berada!
Versi mudah alih Football Manager 2018 khas untuk telefon pintar korang, yang dikenali sebagai Football Manager Mobile 2018, kini boleh didapati di iOS dan Android.
Antara penambahan yang diletakkan ke dalam edisi tahun ini adalah senarai pemain aktif sehingga 21,300 pemain serta penampilan Major League Soccer (MLS).
Korang boleh dapatkan Football Manager Mobile 2018 melalui iOS di sini, dan melalui Android di sini, dengan harga RM37.90.
JomBaca: Dalam Football Manager 2018, Pemain Boleh Tonjolkan Diri Sebagai Seorang Gay
Comments
Loading…