in , , , , , ,

Football Manager 2023 Untuk PS5 Akhirnya Akan Dilancarkan Pada Minggu Depan

Pada mulanya, Football Manager 2023 akan turut dilancarkan untuk PS5 bersama-sama dengan platform-platform lain pada 8 November 2022. Walau bagaimanapun beberapa minggu sebelum pelancaran, versi PS5 telah ditunda.

Kini, setelah lebih dua bulan tertunda, Sports Interactive telah mengumumkan tarikh pelancaran baharu untuk PS5, iaitu ia akan dilancarkan pada 1 Februari 2023.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, mereka tidak mendedahkan secara spesifik apakah punca sebenar penundaan tersebut, sebaliknya hanya menyebutkan mereka telah “bekerja rapat dengan Sony untuk mengatasi komplikasi yang tidak diduga yang timbul ketika proses penghantaran dan pengesahan, dan kami lega untuk menamatkan kekecewaan dan ketidakpastian berkait pelancarannya.”

Mereka juga mendedahkan yang para pelanggan PlayStation Plus akan mendapat diskaun 20% sehingga 14 Februari.

Disebabkan mereka tidak pernah melancarkan Football Manager selepas jendela perpindahan perpindahan Januari, maka selepas kesemua jendela perpindahan Januari ditutup, mereka akan melancarkan kemaskini khas untuk PS5 bagi menyediakan perpinpadahan pemain terkini.

Mereka telah menyatakan yang pra-tempah sudah boleh dilakukan di PlayStation Store. Walau bagaimanapun, melalui semakan kami, PS Store untuk rantau Asia (termasuk Malaysia) masih belum boleh melakukan pra-tempah — hanya boleh dimasukkan ke dalam Wishlist.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

Leave a Reply
  1. I am a student of BAK College. The recent paper competition gave me a lot of headaches, and I checked a lot of information. Finally, after reading your article, it suddenly dawned on me that I can still have such an idea. grateful. But I still have some questions, hope you can help me.

JomKomen!

Loading…

0
Dunia League of Legends Diperluas - Umumkan Animasi, Dokumentari, Game Shooter, Game Fighting, Game Kad, Mobile, Konsol

Kod Sumber League Of Legends Telah Digodam, Riot Enggan Bayar Wang Tebusan

Xbox Buat Kejutan Umum Hi-Fi Rush – Game Aksi Berirama Yang Boleh Main Sekarang