Sports Interactive telah mengumumkan Football Manager 2023 secara rasmi, berserta beberapa butiran awal mengenainya.
Antara berita yang menjadi tumpuan adalah ia akan dilancarkan ke platform PlayStation buat kali pertama. Namun, ia akan hanya dilancarkan untuk PS5, tiada versi PS4.
Siri Football Manager sentiasa sinonim sebagai sebuah game di PC, namun sejak dua tahun lalu, mereka telah mengeluarkan versi konsol, namun hanya untuk platform Xbox. Tidak lama lagi, penantian para pemain PlayStation akan berakhir.
Selain itu, sama seperti tahun lalu, Football Manager 2023 akan turut tersedia dalam PC Game Pass dan Xbox Game Pass pada hari pertama pelancaran.
Malah, Football Manager 2023 akan masuk ke dalam langganan Apple Arcade.
Football Manager 2023 akan dilancarkan untuk PC (Steam, Epic Games Store), Xbox, PS5, Nintendo Switch, iOS dan Android pada 8 November 2022.
Comments
Loading…