in , , , , ,

Football Manager 2022 Akan Tersedia Dalam Xbox Game Pass Pada Hari Pertama Pelancaran

Sports Interactive telah mengumumkan Football Manager 2022, mendedahkan trailer pertama, tarikh pelancaran dan platform.

Football Manager 2022 akan dilancarkan untuk PC, Mac, Xbox Series, Xbox One, iOS dan Android pada 9 November 2021.

Untuk Nintendo Switch pula, ia akan dilancarkan pada satu tarikh yang belum diumumkan lagi.

Paling menarik, buat julung kalinya, FM22 akan tersedia dalam Xbox Game Pass dan Xbox Game for PC pada hari pertama pelancaran.

Kepada pemain yang melakukan pra-tempah di Steam, Epic Games Store dan Windows akan mendapat 10% diskaun serta versi Early Access yang akan diberikan kira-kira dua minggu sebelum pelancaran penuh.

Nampaknya sama seperti tahun lalu, FM22 tidak akan dilancarkan ke platform PlayStation, walaupun setelah kejayaan Xbox pada tahun lalu melalui edisi konsolnya. Apakah sebabnya masih sama, iaitu apabila meminta dev kit, Sony tidak memberikan kepada pembangun Football Manager?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Ragnarok X: Next Generation Berkolaborasi Dengan Anime ‘That Time I Got Reincarnated as a Slime’

Tiada Trilogi, God of War Ragnarok Adalah Yang Terakhir Dalam Saga Mitos Norse